Informasi
Waktu Sekarang
Statistik Pelawat







![]() | Today | 62 |
![]() | Yesterday | 158 |
![]() | This week | 685 |
![]() | Last week | 1323 |
![]() | This month | 4286 |
![]() | Last month | 5513 |
![]() | All days | 108143 |
| Organisasi |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Jumaat, 21 Ogos 2009 21:10 |
|
Kuala Terengganu 88.7, Dungun dan Kemaman 97.7, Besut dan Setiu 96.2, Cherul, Kemaman 90.0 mhz. Berdiri megah diatas bukit Pak Apil Kuala Terengganu, dengan ketinggian 52 meteri atau 170 kaki dari aras laut . Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Kuala Terengganu mula memancarkan siarannya pada tahun 1975. Setelah melalui berbagai cabaran dan perubahan, kini lebih gah dengan nama Radio Malaysia Terengganu fm atau TFM. Sang lebah sebagai maskot melambangkan TFM sentiasa menyengat - Mesra ceria - moto bersemangat - Terengganu fm telah berjaya memikat jutaan pendengar bukan sahaja di Negeri Terengganu malah di seantero dunia. Dari sistem analog dan manual, telah beralih kpd sistem automasi digital sepenuhnya. Sistem ini telah mengubah cara kerja kakitangan dan ternyata ia memberi kemudahan dan faedah yang cukup baik di bidang penyiaran dan seterusnya dapat dimenfaatkan oleh pendengar.
Segala kelengkapan dan peralatan siaran dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan, diketuai oleh jurutera, seorang pembantu teknik dan juruteknik yang berjumah 26 orang. Bahagia ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian unit Bilik kawalan Pusat (MCR), Bahagian Kendalian, bahagian Rakaman luar dan Bahagian Pemancar.
Bahagian ini bertanggungjawab mencorak dan mewarnai siaran, yang berdepan dengan segala macam kehendak pendengar dan peminat-peminat radio. 7 orang DJ sehari akan meperagakan bakat masing-masing mengendalikan rancangan bagi memikat jutaan pendengar. Berkumandang 18 jam sehari, bermula seawal 6.00 pagi, memikat pendengar dengan pelbagai bentuk rancangan yang dikendalikan oleh pesonaliti-pesonaliti terkenal TFM iaitu Zulkifli Yusof (Ejo), Farah Fauzi, Suhaila Mat Daud (Sue), Norhaniza mat Yeh (jaja) Mohamad Sidik Abdullah (Mos), Rohani Hussin, Azrul Faizal, Rosliza Ghani, Abidi Ibrahim dan Rita.
|
| LAST_UPDATED2 |




























